Dataran Austin Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

5 Tips Supaya Perfume Tahan Lama

5 Tips Supaya Perfume Tahan Lama

1) Elakkan menyimpan perfume di tempat yang lembap

Memang mudah untuk kita menyimpan perfume bersekali item kecantikan di dalam bilik mandi bagi menjimatkan masa. Namun tabiat ini perlu dihindari. Ini kerana bilik mandi merupakan tempat yang lembap sekaligus menjadi lokasi ‘bersarangnya’ bakteria.

2) Beli perfume dalam bekas yang lebih kecil

Kajian menunjukkan perfume yang dibeli dalam saiz besar, apabila mula berkurang sehingga separuh, ia akan mengurangkan intensiti aromanya. Ini kerana udara dalam botol akan mengoksida aroma perfume di dalamnya.

3) Sentiasa pastikan perfume ditutup dengan sempurna

Aroma perfume yang berasaskan alkohol memiliki tahap penguapan yang tinggi apabila terdedah. Jadi, kelam kabut macam mana sekalipun, jangan tinggalkan perfume tanpa menutupnya terlebih dahulu.

4) Simpan perfume di dalam kotak

Jika kita membeli perfume, pasti ia dibungkus kemas di dalam kotak. Jangan terus buang kotaknya. Kotak itu berperanan untuk menghindari botol perfume terkena pancaran sinar matahari  dan suhu panas. Justeru aroma perfume akan kekal sama seperti pada waktu ia dibeli.

5) Simpan dalam tempat gelap

Memang cantik melihat botol perfume tersusun di atas meja solek. Elakkan tabiat ini kerana perfume yang terdedah kepada pancaran sinar matahari akan memecahkan molekul perfume sekaligus mengurangkan aromanya. Tempat terbaik, disimpan dalam laci ataupun almari.

Kredit : https://www.mstar.com.my/xpose/mode/2019/09/08/tips-perfume/