Dataran Austin Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Cara Simpan Perfume Untuk Tahan Lebih Lama

Cara Simpan Perfume Untuk Tahan Lebih Lama

Setiap daripada kita memiliki perfume yang diletakkan di atas meja solek untuk nampak lebih menarik serta mudah digunakan. Jenama dan harga juga menjadi faktor utama ada sesetengah individu yang lebih suka menayangkan botol perfume mereka di atas meja solek.

Namun, tahukah anda ia bukan tempat sesuai untuk menyimpan perfume? Jika perfume disimpan di tempat sesuai, ia membantu mengekalkan wangiannya dalam tempoh lama.

Oleh itu, terdapat cara yang lebih sesuai supaya perfume anda tahan lama.

Caranya dengan menyediakan ruang di dalam peti sejuk untuk menyimpan perfume kegemaran. Penyimpanan perfume di dalam suhu dingin dan ruang yang gelap seperti peti sejuk boleh membantu mengekalkan kesegaran perfume sehingga dua tahun.

Logiknya, sama seperti kebanyakan produk kecantikan, perfume juga tidak disarankan menerima pendedahan daripada cahaya matahari.

Ini kerana pendedahan kepada cahaya matahari boleh menghilangkan intensiti perfume dan menggalakkan proses penyejatan berlaku.

Namun, jika anda tidak bersetuju dengan cara berkenaan, ada kaedah lain yang boleh dicuba untuk mengekalkan kesegaran perfume kegemaran. Caranya, tutup botol perfume dengan kertas aluminium dan simpan di tempat yang gelap dan sejuk seperti di dalam kabinet.

Kredit : https://www.mstar.com.my/xpose/mode/2019/09/08/tips-perfume/