Dataran Austin Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Cara Terbaik Memilih Haruman Perfume Yang Serasi Dengan Diri

memakai perfume

1) Waktu yang tidak sesuai memakai perfume

Ramai yang tidak tahu akan etika memakai perfume. Terutama sekali apabila anda menaiki kapal terbang. Apa yang perlu anda semburkan ketika menaiki kapal terbang hanyalah deodorant.

Perfume anda yang berlebihan mungkin akan memeningkan penumpang lain. Maklumlah, tahap oksigen pun rendah di atas sana. Berbeza ketika di restoran, anda boleh memakai apa saja perfume kegemaran, malah ada sesetengah haruman boleh meningkatkan selera makan.

2) Membeli Perfume

Apabila anda dalam satu misi iaitu membeli perfume, anda mestilah mencuba perfume tersebut iaitu dengan menyembur perfume pada kertas terlebih dahulu. Hidunya beberapa kali namun jangan sehingga menyentuh hidung. Apabila perfume tersentuh kulit, ia akan mengganggu aroma perfume lain.

Jangan terlalu mengambil nafas yang dalam ketika menghidunya. Lakukan sambil lalu kemudian amatinya beberapa ketika. Apabila anda sudah pasti dengan sesuatu perfume barulah anda menyemburnya pada kulit, iaitu di pergelangan tangan.

Elakkan menggosok-gosok dengan terlalu kuat kerana ia akan mengganggu aroma sebenar perfume. Anda juga boleh meminta haruman sampel untuk dibawa pulang. Semburkan perfume itu pada waktu pagi dan biarkan sepanjang hari, jika sepanjang hari itu anda selesa dan suka dengan aromanya maka tibalah masa untuk membeli.

3) Semburan perfume berbeza dalam satu masa

Melapiskan perfume yang berbeza pada satu masa adalah satu kesalahan besar dalam pemakaian perfume. Adakah anda akan menggandingkan blaus Chanel dengan blaus Prada dalam masa yang sama?

Sudah tentu tidak! Sama seperti perfume, setiap perfume punyai keistimewaannya tersendiri, malah dalam satu perfume sudah terdiri daripada pelbagai jenis nota apatah lagi jika digabung dua perfume sekaligus!

4) Apa yang membuatkan perfume mahal?

Kata pengkritik Perfume New York Times, Chandler Burr dalam buku terbitannya ‘The Perfect Scent’, menggandingkan nota-nota perfume bukanlah sesuatu yang mudah, ada pelbagai jenis bahan semulajadi seperti jenis bunga, kayu-kayan dan macam-macam lagi dan mereka tidak semuanya serasi bersama.

5) Aroma perfume berbeza sepanjang hari

Ini bukan perkara yang ganjil, jika anda perasan perfume yang anda semburkan di waktu pagi adalah berbeza aromanya ketika petang. Ini kerana perfume apabila bercampur dengan peluh dan DNA badan, ia akan bertindak balas dan menghasilkan aroma berbeza.

Disebabkan itu proses memilih perfume adalah sangat merumitkan . Malah sebaik anda semburkan perfume nota utama akan dilayangkan, selepas lima jam anda akan mulai hidu nota asasnya dan jika perfume itu cukup bagus, anda akan menyukai kedua-duanya.

Padanan yang tepat memerlukan kajian terperinci. Malah setiap perfume hadir dengan satu kempen iklan yang besar belanjanya, juga botol yang cukup unik dan mewah, jadi ia terpulang pada bahagian mana yang anda perlu bayar lebih.

6) Perfume mempunyai jangka hayatnya

Benar, perfume juga akan rosak jika tidak dijaga dalam jangka masa yang lama. Contohnya seperti cahaya matahari, ia adalah musuh ketat perfume, walaupun anda suka melihat botol-botol perfume anda berkilau apabila disinari cahayanya. Seterusnya adalah haba, haba mampu menukar keadaan perfume anda lantas menghasilkan satu aroma yang berbeza.

7) Waktu yang tidak sesuai memakai wangian

Ramai yang tidak tahu akan etika memakai haruman, terutama sekali apabila anda menaiki kapal terbang. Apa yang perlu anda semburkan ketika menaiki kapal terbang hanyalah deodorant.

Wangian anda yang berlebihan mungkin akan memeningkan penumpang lain, maklumlah, tahap oksigen pun rendah di atas sana. Berbeza ketika di restoran, anda boleh memakai apa saja haruman kegemaran, malah ada sesetengah haruman boleh meningkatkan selera makan.

Kredit : Artikel = https://eh.com.my/artikel/kecantikan/cara-terbaik-memilih-haruman-minyak-wangi-yang-serasi-dengan-diri/

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]