Dataran Austin Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Panduan Memilih dan Menggunakan Perfume

Panduan Memilih dan Menggunakan Perfume

Pemakaian perfume boleh menyerlahkan aura seksi seorang lelaki. Wanita turut berpendapat lelaki yang memakai perfume lebih memikat, menarik dan diingati.

Namun harus diingat, penggunaan perfume berlebihan boleh mengundang rasa tidak selesa orang sekeliling kita. Untuk itu, anda harus tahu cara yang betul menggunakan perfume dan memilih perfume dengan tepat. Barulah si dia akan memikirkan tentang anda walaupun selepas anda berlalu pergi.

Berikut panduan memilih dan menggunakan perfume :

1) Pergelangan tangan adalah tempat paling tepat untuk menguji haruman.

2) Elak daripada mengosok antara pergelangan tangan kerana ia membuatkan minyak kulit bercampur

dengan haruman dan menyebabkan sifat haruman berubah.

3) Sebelum memilih membeli perfume itu, anda perlu mencubanya dan tunggu selama 20 minit. Anda

akan mengetahui jika pilihan yang dibuat itu tepat mengikut citarasa anda.

4) Kebanyakan kaunter haruman membantu peringkat awal untuk mencuba seberapa banyak perfume.

Namun begitu, perlu diingatkan dalam memilih perfume tiada satu kaedah setepat kulit.

5) Kurangkan menyembur perfume secara berlebihan terutamanya dalam suasana cuaca yang panas

daripada kebiasaan. Haba dan peluh berlebihan mengurangkan keberkesanan perfume. Kadangkala

keadaan ini mengundang bau yang tidak enak untuk dihidu.

6) Perfume tepat ketika suasana panas adalah perfume citrus yang baunya sederhana dan boleh

meninggalkan kesan segar berpanjangan.

Kredit : https://www.sinarharian.com.my/article/16324/SISIPAN/Oh!-Lelaki/Pilih-minyak-wangi-pun-kena-tahu-caranya