Dataran Austin Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Perbezaan Perfume Retail, Tester dan Reject

Retail, Tester dan Reject. Terdapat banyak jenis perfume yang sedang dijual di pasaran. Hari ini admin akan menceritakan sedikit sebanyak tentang perbezaan antara jenis-jenis perfume ini.

Perfume Retail

Retail ni ialah perfume yang original dari kedai atau mall. Semuanya original termasuk kotak, botol, dan bau. Tapi harga pon premium, RM400+. Sesiapa nak kumpul kotak perfume yang cantik dan botol yang tiada blemish atau calar boleh beli yang retail ni.

  • Bau ✔
  • Kotak ✔
  • Harga ✘

Tester Perfume

Perfume tester ni special sikit. Seperti nama dia, tester ni biasanya digunakan di kedai atau mall untuk pelanggan test bau perfume sebelum membeli. Bau dia akan lagi kuat daripada bau perfume retail, untuk menarik minat pelanggan. Perfume tester ni datang dalam kotak warna putih, dengan sedikit informasi tentang perfume tesebut. Harga perfume tester ni lebih murah dari perfume retail dengan RM200+ sebotol.

  • Bau ✔
  • Kotak ✘
  • Harga ✘

Rejected Perfume

Perfume reject ni perfume yang ditolak kedai kerana terdapat defect seperti, kotak rosak/kemik, botol tercalar dan packaging telah dibuka oleh kedai untuk menjadi display unit. Bau dia sama dengan bau original, tiada beza. Kotak pula tidak disediakan kerana kebanyakan kotak telah dibuang sebab rosak. Manakala harga perfume reject sangat murah dan berbaloi dengan RM100+ sebotol. Sesuai untuk mereka yang mahukan perfume yang original tapi murah dan tidak memerlukan kotak.

  • Bau ✔
  • Kotak ✘
  • Harga ✔

Semua jenis perfume diatas adalah original dan bukan copy seperti dubai grade AAA, dan sebagainya. Semoga perkongsian admin hari ini bermanfaat untuk semua. Sekian.