Scroll Top
Dataran Austin Wakaf Tembesu, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Tips Memakai Perfume Untuk Wanita

tips-perfume-untuk-wanita

Perfume dengan wanita memang susah untuk dipisahkan. Tambahan pula di era moden ini, pelbagai perfume yang direka bagi memenuhi kehendak pelanggan yang sebahagian besarnya terdiri daripada wanita

1) MENYEMBUR MINYAK WANGI SELEPAS MEMAKAI LOTION

Kulit berminyak mengekalkan wangian lebih lama. Jika kulit kering disapukan lotion terlebih dahulu ianya akan membantu mengekalkan bau perfume dengan lebih lama.

2) SAPU VASELINE PADA BAHAGIAN NADI

Sapu vaseline dahulu pada bahagian nadi selepas menyembur perfume supaya perfume bertahan dengan lebih lama.

3) SIMPAN PERFUME DI TEMPAT YANG SESUAI

Jangan simpan di dalam bilik air atau tempat tempat yang panas. Haba, cahaya, dan kelembapan akan memecahkan partikel minyak wangi dan mengurangkan kualiti wangian. Sebaliknya, menyimpannya di dalam sejuk tempat, kering seperti di meja solek di dalam bilik tidur anda, dan jauh dari tingkap.

4) SPRAY PERFUME  SEBAIK SAHAJA SELEPAS MANDI DAN SEBELUM MEMAKAI BAJU

Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau. Ini juga akan menghalang wangian dari mengotorkan pakaian  atau barang kemas.

5) JANGAN LAP PERFUME DI PERGELANGAN TANGAN SELEPAS SEMBUR

Jika anda menggosok pergelangan tangan, ia akan memaksa TOP NOTE untuk hilang lebih cepat dan hasilnya membuat wangian tidak bertahan lama.

6) SPRAY PERFUME PADA BERUS SIKAT DAHULU SEBELUM MENYIKAT RAMBUT.

Menyembur perfume yang berasaskan alkahol terus pada rambut akan membuatkan rambut menjadi kering. Rambut akan jadi wangi jika disikat dengan cara mewangikan berus sikat terlebih dahulu.